Tabung Saraan

Salam,

Dah lama tak menulis artikel baru kan. Hari ini, nak berkongsi tentang Tabung Saraan menerusi akaun i-saraan KWSP.

Melihat perkongsian seorang rakan di FB tentang Skim i-saraan ini, terus Ibuizzhijrah Shop rasa tertarik nak daftar..Pilihan tabung saraan yang baik terutamanya bagi yang bekerja sendiri malah surirumah!

Untuk bekerja sendiri, boleh asingkan sedikit wang dari hasil berniaga untuk tujuan simpanan persaraan.

Untuk surirumah pula boleh asingkan sedikit duit dari nafkah pemberian suami atau cadangkan sahaja suami tersayang agihkan sedikit bajet untuk isteri tercinta😍

Alhamdulillah, berjaya daftar hari ini. Sebenarnya, Ibuizzhijrah Shop dah ada Akaun KWSP cuma tidak aktif sejak tiada caruman dari majikan😅. Jadi masa terbaik nak menabung sedikit untuk masa hadapan kan😇 Sikit Sikit lama lama jadi bukit😉🙌

Skim i-saraan KWSP

Objektif : Meningkatkan simpanan persaraan bagi golongam yang bekerja sendiri.

I saraan KWSP

Contohnya:-

  • Petani/nelayan/pemandu teksi Grab
  • Peniaga kecil/penjaja/peniaga pasar malam
  • Pembantu rumah/Pengasuh
  • Pengajar tusyen dari rumah/online
  • Ejen menerima komisyen (ejen insuran/uni trust/hartanah)
  • Freelance
  • Pemilik perniagaan yg membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
  • Pemilik perniagaan dalam talian(online business)
  • Pemilik praktis sendiri(akauntan,doktor,peguam)
  • Surirumah
  • Pekerja Berpencen

Apa pula syarat syarat kelayakan?

Syarat Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 55 tahun ke bawah
  3. Orang yang bekerja sendiri dan bukannya pekerja di bawah takrifan Akta KWSP 1991
  4. Merupakan ahli KWSP (Boleh daftar jika anda belum lagi ahli) Dan
  5. Mendaftar melalui Borang KWSP 16G(M)

Amaun Bayaran Caruman

Maximum = Rm 60ribu setahun.

Minimum, tiada had minimum tetapi jika ingin mendapatkan insentif penuh dari kerajaan perlulah menabung sekurangkurangnya Rm 1,670 dalam tempoh setahun

Rm 1670 x 15% = Rm 250

Manfaat Skim I Saraan

  1. Dividen tahunan sehingga ahli berumur 100 tahun
  2. Bantuan kematian Rm2,500-kematian sebelum usia 60 tahun
  3. Pelepasan cukai pendapatan – maksimum Rm6000 setahun
  4. Menyediakan saluran kepada golongan yang bekerja sendiri untuk menabung bagi tujuan persaraan.

Sumbangan Kerajaan

Simpanan ini akan menerima sumbangan kerajaan sebanyak 15% dari amaun caruman tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak Rm250 setahun (kadar baru berkuatkuasa 1 Januari 2018). Sumbangan kerajaan ini telah dilanjutkan sehingga 2022. Dan akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli.

Walaubagaimanapun, sumbangan ini tidak layak bagi ahli yang mempunyai caruman majikan. Juga hanya boleh membuat pilihan salah satu dari Isuri/I saraan.

Pengeluaran

Ahli boleh menggunakan/mengeluarkan simpanan ini tertakluk kepada syarat dan prosedur semasa pengeluaran sama seperti ahli KWSP lain.

Akaun 1 : Umur 55 tahun

Akaun 2 : Umur 50 tahun

Akan tetapi, Akaun 2 boleh dikeluarkan atas tujuan pendidikan, rumah, haji dan yg dibenarkan KWSP.

Cara Bayaran

Mudah sahaja, melalui Kaunter KWSP Atau Ejen yg dilantik atau online banking (Maybank/Public Bank)

Saya dah cuba, mudah sahaja melalui Maybank2u 😊

Sikit sikit lama lama jadi bukit

Kiraan mudah untuk mendapatkan jumlah insentif kerajaan secara maksimum (Rm250), perlu mencarum sebanyak Rm 1670 setahun

Rm 1670/12 = Rm 140 sebulan.

Rm 1670 x 15% = Rm 250

(Logiknya ada tak kita akan dapat jumlah Rm250 setahun secara free tanpa perlu bekerja dari sesiapa😅 kan? )

Sebenarnya Skim i-saraan ini tidak menetapkan komitmen bulanan, kita boleh carum ikut fleksibiliti dan kemampuan kewangan kita. Jika tidak capai minimum Rm 1670 pun tidak mengapa, insentif akan dikira dari

Amaun Caruman kita x 15%

Cth Rm 500 x 15 % = Rm 75

Ini tidak termasuk lagi Dividen Tahunan yg diisytiharkan oleh KWSP. Ambil contoh, kita mencarum min Rm140 bulanan selama 10 tahun akan datang pada anggaran dividen 5.5% ,jumlah terkumpul pada tahun ke 10 merupakan Rm 22 ribu! Sikit sikit lama lama jadi bukit. Di usia persaraan, setentunya kita memerlukan komitmen kewangan yang dpt membantu kelangsungan hidup kita.

Ya, pastikan Akaun yang kita daftar dan buka merupakan Akaun Syariah dan mengenai Zakat, amaun caruman kita perlu dizakat sekiranya kita mengeluarkannya (sempurna hak milik).

Boleh baca lanjut di Zakat wang KWSP

Bagaimana nak daftar?

Boleh layari http://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan

Hanya muat turun Borang, isikan dan mendaftar di mana mana cawangan KWSP. Kemudian, bayaran boleh dilunaskan melalui Online Banking.

Mudah kan. Jom kita!

Menabung di usia persaraan. Dan jangan lupa agihkan juga wang zakat bila duit KWSP dikeluarkan dan tidak lupa juga sedeqah infaq😊

Salam Sayang

Ibu bekerja sendiri juga surirumah 😍