Pengalaman dijangkiti Covid 19 dan ikhtiar jaga kesihatan dengan Madu Sidr Yaman dan Habbatussauda Oil

Akhirnya setelah tahun ketiga dunia bersama virus kobid sejak 2019, kami sekeluarga ‘down’ dengan virus kobid pada Februari 2022. Qadarallahu ma yasha.

PENGALAMAN KAMI SEKELUARGA DIJANGKITI COVID 19

(7 Feb 2022 Isnin)

Semua seperti hari biasa, Abah ke ofis, Isa ke Tadika. Kami berempat seperti biasa di rumah kejap baik kejap gaduh aha. Tibalah masa Izz Auni nak siap2 ke sekolah tengahari tetiba sahaja masuk whatsapp dari sekolah umumkan PDPR kerana ada kes Kobid yang pada awalnya 6 dikesan. Kami semua okay sahaja waktu ini jadi anak2 bersiap PDPR di rumah.

Lepas perhimpunan online waktu pertama, waktu rehat kemudian kelas pertama masih okay.Selepas kelas pertama, barulah Izz cakap tak larat nak baring jer dan tidur. Tak lama dia demam panas. Auni masih okay.

Abah masih di ofis , habis presentation je, update anak demam dan kes di sekolah terus di’hambat’ team balik cepat2 ke rumah dapatlah balik awal 5 petang. Dan kami mulai tak bagi anak main petang di luar rumah, risau jugak kan.

Dan demam Izz berlarutan sampai malam..akhirnya tertidur dan dia muntah dengan skala yang banyak sehingga habis karpet ,selimut dan sofa ..begitulah ceritanya di hari lahir Ibu tapi maaflah Abah yang bersihkan semuanya. TQ Abah😎 Selepas bersihkan muntah Izz , Abah pulak muntah!

(8 Feb 2022 Selasa)

Isa kami ‘off’ kan ke Tadika hari ini memandangkan Izz demam. Abahnya dapat pelepasan ‘work from home’ selama seminggu.
Tak lama kemudian, malamnya Auni pulak mulai tak sihat dan panas badan. Kami cuba test sendiri RTK saliva self test kit Izz , result negatif. Jadi kami ambil keputusan okay kot Isa ke Tadika esoknya.

(9 Feb 2022 Rabu)

Hari ini Izz dan Auni waktu siangnya masih tak larat tapi sudah tiada demam. Auni paling sekejap tempoh tak sihat dia jadi kami rasa macam Alhamdulillah okay kot, Abah Ibu Tasnim sihat sihat aja masa ni. Ibu siap ke hospital harini buat MRI dan Isa ke Tadika.

Kami tetap tak bagi anak anak main di luar walaupun hari hari diorang merayu nak main 🥲 Menjelang malam, Izz Auni sihat dah macam biasa. Ibu mulai rasa gatal tekak malamnya dan sakit kepala.

(10 Feb 2022 Khamis)

Isa seorang sahaja ke Tadika harini yang lainnya di rumah. Ibu mulai rasa tak larat tapi seperti biasa teruskanlah kehidupan. Larat ke tak larat semua kerja perlu dibereskan😅 tapi mengikut prioritilah. Tasnim pun mulai ‘cranky’ tak sedap badan situ sini. Tak lama kemudian kepala Tasnim macam panas. Kami check suhu badannya dah 37.5++ c. Selera makannya pun kurang beberapa hari ini. Ibu dah totally ‘down’ masa ni dan mulai call 999 emergency suruh Abah wfh sambil jaga budak budak. Abah meeting online sambil monitor kami dan tak lama kami ‘decide’ ambil Isa dari Tadika secepat mungkin! Tak lama kemudian menjelang Maghrib Ibu demam panas 38+ c dan kami mulai rasa kena buat test RTK, guna saliva result pada awalnya negatif.

Dan semakin lama keadaan jadi makin teruk, sakit sendi melampau, sakit badan, sakit kepala berterusan, demam panas. Bayangkan anak sakit Ibu sakit😭 Waktu malam sebelum tidur , tetiba Abah mulai rasa dia dah macam nak demam. Abah nak check RTK tiba tiba dia nak buang self test kit Ibu tetapi nampak naik line positif yang sebelumnya tak nampak! Allahuakbar. Dan Abah buat test hasilnya positif jugak.

Kami ambil keputusan nak sahkan keadaan dengan buat PCR Test. Jadi kami call klinik berdekatan semua ada ‘limitation time’ akhirnya kami dapat book slot PCR Test di KPJ. Hari Jumaat.

(11 Feb 2022 Jumaat)

Hari ‘down’ sekeluarga. Kesakitan badan dan sakit sendi tak dapat dibayangkan. Ibu dan anak2 pernah kena influenza B..tetapi ini lebih sakit rasanya! Demam baby dan Abah sampai capai suhu 39.**++ c!

Kami bersiap untuk buat PCR Test dari pagi ke tengahari dan terus balik rumah tanpa singgah ke mana mana. Result akan keluar dalam 24-48 jam katanya.

Hari ini mulai hilang deria rasa..makan apa pun dah tak berselera.Cabarannya bila Ibu Abah dan baby tak sihat ialah bilamana lagi budak 3 orang tuh dah sihat, dan macam macamlah bergaduh situ sini🥲Makan pun order sahajalah nak berdiri pun tak larat nak masak apatah lagi.

Bersabar tunggu result PCR kami sekeluarga. Kami ‘ decide’ nak check dan tahu CT value setiap orang untuk kami kaji dan nilai immuniti badan masing masing. Isa paling sihat walafiat dalam tempoh seminggu ini!

Langkah bijak pihak SEKOLAH ialah:-

✅Inform parent secepatnya bila ada kes
✅ Decide tutup sekolah secepatnya bila banyak kes
✅Ability to switch sekolah dari ‘bersemuka’ ke PDPR dengan cepat
✅ Sekolah anak2 bagus Alhamdulillah PDPR stable dengan jadual Google Meet dan Google Classroom.
✅Anak2 enjoy PDPR dan jika diorang tak larat, kami tak paksa. Anytime boleh belajar dengan I Learn Ace🥰

Langkah bijak pihak MAJIKAN ialah :-

✅ Galakkan staff bekerja di rumah jika ahli keluarga tidak sihat
✅ Flexibility between working in office and work from home
✅ Cepat cepat bagi kebenaran staff balik ke rumah jika ahli keluarga jadi close contact. Bayangkan jika Abah masih bekerja sampailah dia demam? Pasti makin ramai yang terdedah kan! (Sehingga harini kes kluster dari sekolah bertambah ramai dan ramai….)

Langkah bijak kita AHLI KELUARGA ialah :-

✅ Apabila salah seorang ahli keluarga kita menjadi close contact, cepat cepat ‘off’ jangan benarkan anak lain keluar samada ke Tadika ,kelas atau bermain di luar rumah.
✅ Jangan bersifat ‘in denial’ aa lah baru close contact..alah kobid omicron ni selsema sikit jer..Dah tahu baru rasa macam mana sakitnya😎
✅Nak gather gather tuh fikir dulu, analisa dulu, test kendiri dahulu!
✅Bantulah ahli keluarga kita 💜

Kobid boleh kita lalui bersama dengan sama sama ambil peranan baik baik sebagai ahli keluarga, pihak sekolah, jiran, pihak kesihatan. Jangan tahu kecam jer, kutuk sana sini…

TEST PCR UNTUK PENGESAHAN

PCR Test kami keluar hari Sabtu pagi selepas test Jumaat. Jangkaan kami, Izz yang infected dahulu kerana dia yang menunjukkan simptom gejala paling awal iaitu demam, tidak larat dan muntah..tetapi result CT value PCR menunjukkan Auni yang infected terlebih dahulu!

CT Value
Bacaan lanjut : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3752891034734757&id=578835322140360

CT Value result kami

Izz 22
Auni 27
Ibu 20
Abah 19
Tasnim 18
Isa negatif

Contoh result PCR Test Auni

Bila fikir fikir balik, ya lah mungkin jugak Auni infected terlebih dahulu tetapi tidak menunjukkan simptom awal dan imun badan agak okay. Dia hanya demam sehari sahaja selepas Izz. Sorang lagi pulak si Isa kami ingatkan kebal kobid! Kuat betul imun badan dia langsung tak sakit, sihat sahaja sepanjang kami ber5 down..malah die punya gembira ” i sorang je negatif”. Lihat sahajalah kegembiraan dia makan makanan perkongsian rezeki buat kami sekeluarga. Semoga Allah limpahkan rahmat buat yang mengasihani kami bantu beli makanan, beli barang groceries barang farmasi🥰

Ramai yang tanya ,kuarantin ke? Macam manalah nak kuarantin kalau 5 kena dalam serumah hanya sorang negatif lagipon budak 3 orang tuh memang macam kembar. Main belajar makan sama sama!

Syukur sangat buat PCR test untuk semua asalnya nak lihat dan kaji imuniti masing masing akhirnya hampir kesemua positif.

12 Feb 2022 – Result PCR keluar

Kuarantin kami bermula selama 7 hari buat Abah Ibu dan 10 hari anak anak.

17 Feb 2022 – Isa mulai demam..akhirnya yang disangka kebal, kalah jua! Kami buat test RTK kendiri, positif!

18 Feb 2022 – PCR Test

19 Feb 2022 – Result Isa keluar positif dengan CT Value 20-21 bermaksud baru sahaja dijangkiti dan load virus masih tinggi! Jadi sambung lagi kuarantin ya untuk Isa sahaja.

Begitulah serba sedikit cerita serangan kobid, kesemua kami sihat sembuh kembali selepas 1 minggu bergelut dengan kobid Alhamdulillah..cuma baby masih ada batuk selsema. Doktor di CAC KK Batu 8 berkongsi ini simptom long covid perlu pantau dan jika masih berlarutan perlu rawatan selanjutnya.

IKHTIAR KESEMBUHAN KAMI

Sepanjang kuarantin, kami cuba
✅ Minum madu + habbatussauda. Thanks K Yam jauh jauh datang bagi madu yaman
✅Air rebusan kunyit
✅Air lemon+ madu
✅Air kelapa
✅Vitamin C soluble
✅Diffuse clove essential oil
✅Sop Ketam (Petua mualimah izz auni, saya cuba jugaklah😅)
✅Supplement vitamin lain2

Yang penting bila demam makan ubat demam, bila batuk cari ubat batuk dan selsema. Antara simptom kobid omicron demam, sakit sendi, kelesuan, muntah, sakit tekak, batuk dan selsema. Ini semua hanyalah ikhtiar kesembuhan milik Allah dan jangan lupa untuk kita berdoa.

Pemerhatian kami, anak anak sekejap sahaja fasa tidak sihatnya berbanding kami dewasa.
Imuniti badan mereka agak kuat jugak, jadi persoalannya masihkah perlu vaksin, bertahankah imuniti. Ya mungkin kali ini selamat ,gelombang akan datang?
Jika dilihat statistik dikongsi doktor2 bertugas di wad kobid, semakin ramai kanak kanak di wad icu kategori 3/4/5😭 Masya Allah

MAKANAN JIWA, UJIAN KESIHATAN

Antara makanan jiwa yang dipesan sahabat menusuk di hati :-

“Sepanjang kuarentin byk berzikir Dan dgr rakaman majlis ilmu”

“Banyak istighfar ingat ujian sakit penghapus dosa”.

“Yer …baru kita rasa mahalnya nikmat sihat bila Allah dah lalui semua tuh. Rasa tak nak buang masa dgn hal yg lalai akan Cuba baiki hubungan dgn Allah..Tu lah akak rasa lepas kena covid”

Sungguh kobid ini sangatlah ujian buat kita,Ujian akhir zaman.

Alhamdulillah selesai kuarantin kami sekeluarga dan Allah kembalikan kesihatan buat kami sekeluarga.

IKHTIAR MADU SIDR YAMAN & HABBATUSSAUDA OIL

Keduanya sangat bagus untuk tingkatkan imuniti badan . Insya Allah kami akan teruskan sebagai ikhtiar jaga kesihatan di zaman endemik. Kebaikan Madu tidak dapat disangkal lagi disebut dalam Al Quran, malah kelebihan Habbatussauda juga disebut di dalam Hadith Sahih. Kita usaha ikhtiar dan kesembuhan hanyalah milik Allah.

Asbab kena covid bulan lepas, cuba setiap hari madu Sidr Yaman+ habbatussauda oil pemberian teman sekerja lama, semoga Allah merahmati beliau.

✅1 sudu madu Sidr Yaman
✅1 titis/sedut Habbatussauda Oil

Bancuh dengan air suam, minum pagi sebelum makan apa2 @ bila bila perlu

Malam malam memang sukar nak tidur, sakit tekak batuk gatal gatal memang memeritkan tapi Alhamdulillah biznillah sangat melegakan bila minum madu+ habbatussauda oil .

KENAPA MADU SIDR YAMAN

Laman web kesihatan terkemuka, http://www.webmd.com/cold-and-flu/news/20080922/humble-honey-kills-bacteria melaporkan, suatu kajian terhadap madu lebah yang boleh menentang bakteria, salah satunya ialah Madu Sidr dari Yaman, mampu membunuh bakteria yang menjadi punca resdung yang kronik. Penyelidikan yang dilakukan di Universiti Ottawa, Amerika Syarikat ini diketuai oleh Tala Alandejani, MD.

Mereka telah mengenal pasti tiga jenis bakteria jahat yang menyebabkan Resdung. Pertama; Methicillin-Susceptible Staphylococcus Aureus (MSSA), kedua; Methicillin-Resistant Staphylococcus Aureus (MRSA) dan ketiga; Pseudomonas Aeriginosa (PA).

Madu Sidr Yaman berkesan membunuh bakteria-bakteria ini walaupun ia membiak dalam bio filem yang nipis dan berlendir yang dibentuk oleh bakteria itu sendiri untuk menghalang antibiotik.

Para penyelidik juga mendapati bahawa Madu Sidr dari Yaman berfungsi jauh lebih baik daripada antibiotik terhadap MSSA dan MRSA berdasarkan kajian-kajian lepas. Berikut adalah hasil kajian yang diperolehi di dalam uji kaji tersebut:

• Berkesan sehingga 63% membunuh bakteria MSSA.
• Berkesan sehingga 73% membunuh bakteria MRSA.
• Berkesan sehingga 91% membunuh bakteria PA.

Para saintis berharap, kajian yang dibentangkan dalam Mesyuarat Tahunan American Academy of Otolaryngology, Head and Neck Surgery di Chicago ini, boleh menawarkan rawatan baru yang lebih berkesan kepada pesakit-pesakit Resdung atau Sinusitis yang kronik.

JOM CUBA

Jom buat yang mencari & nak amalkan antara makanan terbaik kita jaga kesihatan di zaman endemik ini.

💫1 set 500gram madu Sidr Yaman (Sidr Tabi’ah) +50ml habbatussauda oil rm160, promosi Syawal hanya rm150 shj. Jimat Rm1.0. tau . Boleh beli di sini –} https://shopee.com.my/product/93367376/14562075919?smtt=0.93368854-1653346735.3

PERKONGSIAN YANG SUDAH MENCUBA

Perkongsian 1– Dah cuba Madu Sidr Yaman + Habbatussauda Oil..Alhamdulillah sedap, sakit tekak pun beransur kurang dengan izin Allah”. – Pn Shar KL. Pn Shar cuba sewaktu dalam kuarantin Kovid tempoh hari. Jom istiqamah dengan makanan kesihatan yang bermanfaat

Perkongsian 2– Dah cuba Madu Sidr Yaman + Habbatussauda Oil..Alhamdulillah cepat hilang batuk dan gatal risau takut batuk melarat(dengan izin Allah)”. – Pn Ain Kedah. Pn Ain pernah 2 kali dimasukkan ke wad kerana batuk yang teruk sebelum pandemik jadi beliau sangat risau bila sekeluarga besar di serang simptom Covid 19.

CARA NAK BUAT PEMBELIAN

Hanya perlu buat pembelian di sini

https://shopee.com.my/product/93367376/14562075919?smtt=0.93368854-1653346735.3

Terima Kasih.

LELAKI HEBAT HEBAT DALAM QURAN

LELAKI HEBAT HEBAT DALAM QURAN
IMG_20200413_071609-01
Lelaki yang hebat hebat itu bukanlah seperti seperti malaikat.
Dia ialah lelaki yang biasa biasa, namun berani meninggalkan keselesaan hidup demi membela iman. Persis pemuda Ashabul Kahfi. 
Dia ialah lelaki yang biasa biasa,namun berani mempertahankan kebenaran saat berhadapan dengan kejahilan. Persis Nabi Ibrahim AS, ketika mudanya.
Dia ialah lelaki biasa biasa, namun berani menyahut arahan Tuhannya tanpa ragu ragu. Persis Nabi Ismail AS, ketika mudanya.
IMG-20200219-WA0097-01
Melalui karya *Lelaki yang Hebat Hebat dalam Al Quran* ini, Ustaz Syaari Abdul Rahman membawa kita menelusuri kehebatan sebenar lelaki lelaki yang dimuliakan Allah SWT. Hebatnya mereka bukanlah kerana mereka dikurniakan keajaiban,  tetapi kerana mereka memilih untuk melakukan apa yang benar di sebalik kesulitan yang datang mengiring.
IMG-20200225-WA0013-01
BERMINAT
Harga : Rm35
Postage : SM Rm8 / SS Rm 12
PROMOSI KOMBO
Berita baik, anda JIMAT RM 5, jika membuat pembelian 2 buku ini sekaligus
IMG20200504105641-01
*Perempuan Baik dalam Quran* Rm35
*Lelaki Hebat dalam Quran*  Rm35
Kalau ambil kombo keduanya Rm65 shj
APA KATA MEREKA YANG SUDAH MENDAPATKAN 2 NASKHAH INI
Screenshot_2020-04-15-14-10-10-59-01 (2)
Screenshot_2020-04-18-12-10-16-35-01 (2)

Hadiah terbaik untuk WANITA

Salam,

Kadang kadang en Suami pening memikirkan hadiah apa nak diberikan kepada seorang ISTERI?

Manakala anak pula pening memikirkan HADIAH terbaik kepada Ibu tercinta?

Hasrat hati nak bentuk isteri tercinta jadi perempuan solehah. Tapi bagaimana? Siapa ‘perempuan contoh’ patut kita teladani? Tiadakah di dalam AL QURAN digariskan contoh teladan untuk kita?

Perempuan Baik dalam Quran

Buku terbaru terbitan Iman Publication karya Ustaz Syaari Ab Rahman (jurulatih Utama Tadabbur Centre,penyampai IKIM/Tv Alhijrah/pendakwah terkenal) adalah buku yang mentadabbur kisah-kisah perempuan baik-baik dalam al-Quran dan sesuai untuk perempuan mahupun lelaki kerana al-Quran diturunkan sebagai penawar buat jiwa seluruh manusia.

PEREMPUAN YANG BAIK BAIK DI DALAM QURAN

Siapa setuju perempuan yang baik-baik tu ialah perempuan sempurna?
Tapi wujud ke manusia yang sempurna dalam dunia ni?
“Sebaik-baik muslimah syurga ialah Khadijah, Fatimah, Maryam, dan Asiyah.”
(Hadis Riwayat Baihaqi)
KISAH PEREMPUAN BAIK DI DALAM AL QURAN

Antara kisah yang ditadabbur di dalam buku ini:
🍃 Surah An-Nisa’: Kemuliaan Wanita
🍃Surah Al-Qasas: Ibrah Kisah Ibu Nabi Musa AS.
🍃 Surah Maryam: Perempuan Yang Didatangi Jibril
🍃Surah Al-Mujadalah: Perempuan Yang Mengadu
🍃Surah Al-Mumtahanah: Perempuan Yang Diuji
🍃Surah At-Tahrim: Perempuan Yang Berbisik-Bisik
🍃Kisah Tiga Perempuan Di Dalam Neraka
🍃Babak Konspirasi Zulaikha
3 SEBAB PERLU MEMILIKI BUKU INI
1) Ditulis oleh seseorang yang mahir dalam bidang tafsir dan tadabbur Al Quran.
2) Diolah dengan teliti sehingga merasa amat dekat dengan watak watak para wanita yang di sebut dalam Al Quran.
3) Perbincangan yang boleh dikaitkan dengan kehidupan harian kita dan relevan untuk wanita abad 21.
Sebagai HADIAH TERBAIK
Hadiah terbaik untuk ibu,isteri, sahabat, anak tersayang malah diri sendiri 😊
Hanya Rm 35/buah.
Postage : Rm 8 SM/Rm 16 SS

CARA NAK ORDER
Boleh order di ONLINE SHOP kami; https://ibuizzhijrahshop.com/product-category/buku-ilmiah/

#buku
#bukuwanita
#tadabburquran
#kisahwanitadalamQuran
#bukuilmiah
#mom
#mommy
#hadiahibu
#hadiahisteri
#fahamAlQuran
#siratAlmustaqim
#bukubyibuizzhijrahshop
#malaysia
#sayajual