‘Flash Card’ Huruf Hijaiyah – Cara untuk ajar Al Quran seawal Bayi

Salam,

Mungkin pembaca tertanya tanya, macam mana nak ajar anak kenal Al Quran seawal Bayi? Jangan risau, kerana saya pernah mengalaminya, sehinggalah saya terjumpa satu Seminar anjuran Islamic Parenting Network (IPN) kelolaan Pn Lina Karim. Dengan izin Allah, berjaya menyertai, mendalami ilmu dan menerapkannya untuk anak anak saya, berikut sedikit perkongsian..

IMG_20160101_153415

BAGAIMANA BERMULA?

Tetapkan VISI BERSAMA UNTUK ANAK (Visi untuk didik anak haffaz Quran sedari kecil)

Rangka KERJASAMA (Siapa guru utama : ayah atau ibu..guru sandaran..waktu belajar sekurang kurangnya 2x sehari)

Atasi HALANGAN (Cut the noises..Noises : TV, RADIO,INTERNET, AKHBAR..Kurangkan

Dan sudah pasti perlu ALAT BANTU MENGAJAR  iaitu dengan penggunaan ‘ Flash Card’

KENAPA KENA BERMULA AWAL?

1)Peningkatan tumbesaran mental kanak2 sangat DRASTIK dari usia lahir hingga 4 tahun (50%)

2)Peningkatan dalam tempoh 4 tahun pertama ini MENYAMAI 14 tahun selepas itu

3)Apa yang kukuh pada 4 tahun pertama, akan memberi IMPAK yang besar pada tahun membesar seterusnya..

KENAPA PENTINGNYA MENGHAFAL AL QURAN ?

Dengan menghafal Al Quran menggunakan kedua dua belah otak, Otak Kiri dan Kanan.

Otak Kiri untuk menghafal Baris (Atas,Bawah, Depan) dan ingat temoat berhenti dan bermula.

Otak Kanan pula untuk melagukan baris dan membayangkan ayat yang berada di depan, tengah atau akhir (dalam mushaf  Quran)

Dan untuk memupuk kecerdikan seorang kanak kanak perlulah mengaktifkan kedua dua otak Kiri dan Kanan.

PhotoGrid_1451106311663

 

CARA MENGAJAR BAYI AL QURAN?

Peringkat usia 0-4 bulan : Bayi umur ini mempunyai penglihatan dgn jarak terhad..Tidak mampu lagi melihat warna bercampur..Hanya 3 warna boleh diproses oleh otak mereka..merah putih hitam

Selain mengajar dengan FLASHCARD, gantung flascard yang sama dibiliknya atau di kawasan bermain banyak membantu..Mula perkenalkan huruf mesra bayi (Alif, Mim, Ba, Ya) barulah huruf huruf lain.

PhotoGrid_1451106451388

Saya bermula ketika anak berusia 8 bulan, setiap hari tanpa jemu saya mengajar Huruf Hijaiyah melalui  Flash  Card. Alhamdulillah, kesannya apabila anak sudah pandai memahami arahan dan pandai bercakap kita akan terkejut apabila tahu sebenarnya anak dapat menyebut dan mengenali kesemua Huruf Hijaiyah.

KENAPA FLASH CARD?

Dapat mengaktifkan Proses Pembelajaran melalui (V.A.K)

IMG_20160102_071430

  1. Proses pembelajaran secara Visual iaitu mata Bayi melihat Flash Card
  2. Bayi dengar kita sebut huruf Flash Card, proses pembelajaran secara Auditori.
  3. Bayi dapat pegang ‘Flash Card’, proses pembelajaran secara Kinesthatic
  4. Sebagai ganti /alternative kepada mainan/ ‘toys’

Penting untuk kita Ibu Bapa mengenalpasti dan mengaktifkan proses pembelajaran anak anak kita melalui kaedah Visual (V), Auditory (A) atau Kinesthetic (K)

NAK AJAR ANAK FLASH CARD DI MANA & BILA?

Di mana mana sahaja, di rumah dalam kereta sewaktu perjalanan dekat /jauh.

DI RUMAH

Di rumah, boleh ajar anak sebut, biarkan anak pandang & pegang Flash Card

IMG_20160101_153556

Juga boleh di tampal di dinding sebagai Board Learning

IMG_20160101_153436

DALAM KERETA

Sewaktu perjalanan samada dekat mahupun jauh boleh dimanfaatkan dengan ajar anak (anak dengar kita sebut dan lihat Flash Card) dan biar anak pegang Flash Card

IMG_20160101_153456

Untuk memudahkan kita ajar anak anak di mana mana sahaja, di ‘recommend’kan untuk memiliki lebih dari 1 bahan bantuan belajar samada Flash Card atau Audio Mengaji (CD/DVD)

IMG_20160102_070110

ANAK SUDAH BESAR- ADAKAH SUDAH TERLAMBAT ?

Belum, percayalah berdasarkan pengalaman saya , mendidik anak bermula dari 8 bulan, sedangkan Pn Lina berkongsi Bayi seawal 0-4 bulan sudah boleh dididik. Dan ada juga sahabat sahabat bermula ketika anak sudah masuk sekolah rendah. Tidak ada isitilah ‘terlambat’ dalam mendidik anak anak, bukankah pendidikan itu berterusan sehingga kita kembali kepada Allah.

ALAT BANTUAN MENGAJAR – FLASH CARD HURUF HIJAIYAH

Jangan bimbang, boleh  dapatkan ‘Flash Card’ Huruf Hijaiyah ;

1. Huruf Hijaiyah Baris Atas (Set A)- boleh digunakan sedari Bayi kecil seawal 0-4 bulan . Harga RM 9 sahaja

DSC_0077

2. Huruf Hijaiyah Baris Atas, Bawah, Depan (Set B) – boleh digunakan selepas anak sudah mampu mengenal dan menyebut Huruf Hijaiyah Baris Atas. Harga RM 9 sahaja

b

Puan/Tuan, jika berminat untuk membeli Flash Card Huruf Hijaiyah seperti penerangan di atas, boleh whatsApp/Mesej Ibuizzhijrah Shop @ 019-6632272.

Postage akan dicaj berasingan, RM 7 Sem Msia & RM 11 Sabah Sarawak

Insya Allah, semoga usaha yang berterusan  mampu menjadi asbab anak anak kita dapat mengenal Al Quran, jatuh cinta dengan Al Quran dan menjadi penghafaz Al Quran.

############################

Anda ibu bapa yang prihatin, anda nak tahu cara nak tingkatkan kesihatan dan imun anak anak ? Nak tahu susu formula yang bagus untuk bayi dan kanak kanak?Susu formula rumusan Susu Kambing dan juga 7 jenis makanan Sunnah, dapat membantu

#WhatsApp Ibuizzhijrah Shop @ 0196632272

Anda ibu bapa yang prihatin,  nak tahu cara nak tingkatkan kesihatan dalaman dan luaran anda terutamanya ibu ibu, boleh klik sini  ;Susu Kambing untuk Wanita

#WhatsApp sIbuizzhijrah Shop @ 0196632272

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s